Warganegara Malaysia terutama Rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):
▶ Pegawai Tadbir, Gred N41 (2 Kekosongan)
▶ Penolong Pegawai Tadbir, Gred N27 (1 Kekosongan)
▶ Pembantu Tadbir, Gred N17 (2 Kekosongan)
▶ Pembantu Tadbir Kewangan, Gred W17 (2 Kekosongan)
Menjadi peneraju bagi Kerajaan Negeri di dalam bidang perusahaan pertanian serta bidang-bidang lain di dalam memacu Negeri Pahang menjadi Negeri Maju menjelang tahun 2020.
Cara Memohon (Klik untuk maklumat lanjut)
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1 yang boleh diperoleh melalui Website:
www.lkpp.gov.my atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran LKPP di Ibu Pejabat LKPP Negeri Pahang, Jalan Gambut, Kuantan.
(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut:
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 KUANTAN.
Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk dipertimbangkan. Maklumat lanjut jawatan kosong LKPP Pahang boleh didapati disini.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 Mac 2014
CATATAN AM
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
- Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
No comments:
Post a Comment